Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda
Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari
tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda
yang hidupnya di dalam ibadah…”
(Riwayat Imam Bukhari)
Huraian Hadis :
Hadis
Riwayat Bukhari ini telah menerangkan bahawa seorang Pemimpin yang adil
dalam turutan pertama dari tujuh kelompok manusia utama yang akan
mendapat naungan ALLAH SWT di akhirat nanti.membuktikan bahawa peranan
sebagai pemimpin yang bersikap adil sangat dititikberatkan. Ini adalah
punca utama untuk mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesuatu
tampok kepimpinan.
Pemimpin mestilah memiliki akhlak dan ciri-ciri seperti berikut:
1.
Dia mestilah seorang yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai panduan dan menjadikan Ulama sebagai tempat meminta pandangan,
dan juga mengharapkan keredhaan ALLAH dengan ikhlas kerana ALLAH
semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh daripada penyakit jiwa
yang merosakkan amal dan usahanya.
2. Memiliki akal yang
kuat, berhikmah, cendekiawan, bijaksana, berpengalaman, berpandangan
tajam, ilmu yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari segenap
sudut, cepat memahaminya dan cepat menggunakannya sebaik mungkin.
3. Berakhlak dengan sifat al-hilm (lembut). Berdasarkan kepada dalil Al-Quran;
Firman ALLAH SWT : Maksudnya :
“Dan
orang-orang yang menehan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.
ALLAH menyukai orang-orang yang berbuet kebajikan” (Surah Al-Imran
ayat 134)
4. Berani, bermaruah. keberanian yang harus
dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak
ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam
menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui
kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan
Firman ALLAH SWT : Maksudnya :
“Dan
hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin
bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”
(Surah An-Nur ayat 22)
5. Bersikap
as-siddiq ( benar ) dalam perkataan dan perbuatan. Tawadhu, tidak
membanggakan diri kepada manusia. Hatinya tunduk dan patuh pada al-haq.(
ALLAH )
6. Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji
orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada
pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan
serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin.
Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan
kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan
ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat.
7.
Menepati janji dan memenuhi sumpah setia. Akhlak ini melahirkan thiqqah
( percaya ) dalam suasana amal, ketenteraman, tolong-menolong dan
membawa hasil.
8. Sabar, kerana pemimpin pastinya akan
berhadapan dengan kesukaran, dipenuhi dengan perkara yang berlawanan
dengan kehendak hawa nafsu, penuh dengan onak, racun, rintangan, bencana
dan ujian.
9. Bersifat dengan al-iffah (suci hati jiwa
dan amal) dan al-karam (pemurah dan tidak bakhil). Dengan sifat ini
pemimpin tidak berminat dengan harta benda yang melemahkan kemahuan dan
tidak sesuai dengan usaha serta jihad besar dalam menentang musuh-musuh
ALLAH. Pemimpin mestilah menjadi qudwah ( contoh ) melalui sifat pemurah
dan mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
10.
Adil dan insaf (terutama terhadap diri sendiri). Sifat ini amat
penting kepada pemimpin dan mad’u dalam amal jamaie kerana setiap
individu akan merasa tenteram terhadap haknya dan menginsafinya.Ini
telah disebutkan Hadis diatas tentang adil.
11. Bersifat
wara’ dan zuhud. Ini dapat menjauhi syubhat, meninggalkan perkara yang
mengandungi dosa kerana takut terjebak ke dalamnya. Dia sentiasa
bermuhasabah dalam segala hal dan setiap waktu.
12. Tidak
mengungkit dan memperkatakan kebaikan diri sendiri. Jangan mengharapkan
pujian dan sanjungan manusia dan tidak memuji diri sendiri atas segala
usaha yang dilaksanakan dalam berdakwah.
13. Memelihara
perkara yang dimuliakan oleh ALLAH (Hurumatillah). Setiap masa dalam
jamaah mesti menjadi pengawal dan penjaga yang sentiasa sedar,
berwaspada dan dipercayai dalam memelihara segala kemuliaan ALLAH pada
segenap ajaran Islam supaya tidak timbul pencabulan hak atau perbuatan
melampaui batas.
14. Kesejahteraan hati, tidak
menghiraukan umpatan dan mengadu domba di antara manusia. Perkara ini
jika dilayan akan memberi ruang yang luas untuk dimasuki syaitan,
memarakkan kebencian dan permusuhan hingga akhirnya melahirkan
perpecahan dalam jamaah.
15. Keazaman yang kuat dan
tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Pemimpin terdedah kepada pelbagai
biah (suasana ), peristiwa dan bebanan yang mempunyai keputusan yang
penting dan besar. Pemimpin dituntut menghadapi semuanya dengan azam,
kekuatan, hikmah, tanpa kelemahan, keraguan dan menyerah kalah. Sentiasa
berbaik sangka dengan ALLAH kerana DIAlah yang Maha Berkuasa di atas
setiap perkara. WALLAHUA’LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan