kenapa ye wanita tak boleh jadi pemimpin? sebab-sebabnye ada di nyatakan di bawah ni...tapi sedar tak kita sekarang ni ketua-ketua di pejabat ramai terdiri dari kalangan wanita... walaupun aku golongan wanita, tetapi sebagai orang islam aku tak sokong sekiranya perempuan menjadi kepala di pejabat atau di mana sahaja... beban...beban sesangat!!!hidup di pengaruhi lelaki...walaupun kepala, tapi keputusannya semua berpanukan pada seorang tu yang kaki bawa "aircond" kehulu kehilir...yang menanggung beban dan stressnya...orang bawahan ni la...kesian la kat kami...
"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu)
menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, "
Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan
kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No 4425)
Penjelasan hadith ini boleh dibaca di bahagian 2.
Bahagian 2:
Hal
berkaitan bolehkah wanita menjadi pemerintah, pautan tersebut memberi
tujuh alasan kenapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Adalah agak
mengejutkan dalil-dalil yang diberikan oleh pemilik blog tersebut untuk
mengharamkan wanita menjadi pemerintah. Secara peribadi, dalam hal
berkaitan wanita, saya lebih gemar mengambil pendapat Dr.Yusuf Qardhawi
(yang bersederhana dan lembut) dan tidak mengambil pendapat ulama' Saudi
(Semoga Allah merahmati mereka). Pendapat tentang isu wanita daripada
ulama' Saudi agak keras sehingga wanita diharamkan memandu kereta dan
satu ketika dahulu dilarang diajar menulis kerana takut wanita akan
menulis surat cinta (Rujuk Fatwa Masa Kini, Jilid 4). Apabila kita
membincangkan perkara ini, perlu kita lihat skop perbincangan dan
realiti kehidupan.
Isu bolehkah wanita menjadi pemimpin
jatuh di dalam perkara muamalat. Dalam perkara muamalat, ulama' Usul
al-Fiqh telah mengeluarkn prinsip 'Semua perkara muamalat adalah harus
(boleh dilakukan) kecuali ada dalil yang mengharamkan'. Maka secara
prinsipnya jika ada yang mahu mewajibkan atau mengharamkan sesuatu
perkara muamalat, pihak tersebut perlu membawa dalil untuk menyokong
hujah mereka. Malah wanita, seperti juga lelaki, mempunyai kewajipan
yang sama seperti lelaki (Kewajipan wanita adalah sama seperti lelaki
melainkan ada pengecualian). Prinsip seterusnya, dalam menwajibkan atau
mengharamkan sesuatu perkara, dalil yang diberi mestilah thabit dan
jelas (tiada perbezaan penafsiran kerana kejelasan dalil tersebut). Dr.
Yusuf Qardhawi menulis:
"Adapun apa yang tidak thabit
daripada nas-nas seperti hadith-hadith dhaif ataupun apa yang boleh
difahami lebih daripada satu fahaman dan tafsiran, seorangpun tidak
boleh mewajibkan umat dengan satu fahaman tanpa fahaman yang lain
khususnya dalam masalah kemasyarakatan umum yang melibatkan masalah
keseluruhan anggota masyarakat yang perlu kepada keluasan dan
kemudahan."
Maka untuk menwajibkan dan mengharamkan sesuatu perkara, dalil
tersebut mestilah thabit dan jelas. Dr.Yusuf Qardhawi menyambung:
"Disana
juga ada hukum-hukum dan fatwa-fatwa yang kita tidak boleh pisahkannya
daripada zaman dan suasananya. Fatwa-fatwa yang seumpamanya ini menerima
perubahan dengan berubahnya sebab-sebabnya. Oleh itu para pengkaji
fatwa telah menetapkan satu kaedah iaitu berubahnya fatwa apabila
berubahnya masa, tempat, keadaan & adat. Fatwa jenis ini banyak
bersangkut paut dengan masalah wanita. Terdapat fatwa yang mengongkong
dan memberatkan sehingga mengharamkan para wanita daripada pergi ke
masjid walaupun ia bertentangan dengan nas-nas yang jelas dan sahih.
Mereka lebih mengutamakan 'berhati-hati' dan saddu zaraie' (menutup
pintu kerosakan) daripada nas berdasarkan kepada perubahan masa dan
zaman yang berlaku...Ada dikalangan orang berpendapat perkara ini haram
dan merupakan dosa yang nyata, tetapi pengharaman tidak boleh disabitkan
kecuali dengan dalil yang tiada syubhat padanya." (Fatwa Masa Kini,
Jilid 4, Bab Pencalonan Wanita Untuk Kerusi Parlimen: Di Antara Boleh
Atau Tidak Boleh)
Mari kita lihat dalil yang diberi oleh
pemilik blog tersebut bagi mengharamkan wanita menjadi pemimpin.
Daripada tujuh dalil yang dibawa, hanya dalil pertama yang menyentuh
soal kepimpinan.
"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro
(gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa
sallam lantas bersabda, " Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila
mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No
4425)
Hadith diatas telah diperselisihkan ulama' maksudnya. Malah tiada
larangan secara jelas bahawa wanita haram menjadi pemimpin daripada
hadith ini. Kepimpinan yang dimaksudkan Baginda S.A.W disini adalah
kepimpinan secara mutlak kepada wanita. Sedangkan realiti hari ini tiada
satu negara pun yang kepimpinan itu adalah mutlak kepada satu orang
sahaja. Apa yang memelikkan Ibn Hazm (Semoga Allah merahmatinya) yang
bermazhab Zahiri (mengambil sesuatu secara zahir) juga mengatakan hadith
ini tidak menunjukkan wanita haram menjadi pemimpin. Maka hadith ini
bukanlah mutlak mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Dipetik
daripada Islam Online:
"So both Allah Most High and His
Messenger never discriminate between men and women. Allah has given both
the ability to perform acts of worship and the capability to undertake
responsibilities and we will find in our history that women used to be
in charge of the market place during the time of Caliph `Umar Ibn
Al-Khattab. Women used to be doctors, scholars, and sometimes judges.
Women can be in charge of any position, except the head of the state.
So, she could be a minister but she cannot be the head of the state.
There is a hadith where the Prophet (peace and blessings be upon him)
describes the Persian people as being in error because they put a woman
as the head of the state. But this hadith does not indicate that women
are less than men; however, it shows us that it is better and more
suitable that the head of the state should be a man. This is the opinion
of most scholars of Islam. One of them, namely Ibn Hazm, said that
women could be the head of the state. Actually in our time women
participate in making political decisions by being practicing members of
the Parliament. May the future make the women more active in doing good
than they are now." (LINK )
Apa yang diwajibkan dan diharamkan oleh Allah S.W.T adalah jelas. Dan
ada perkara yang didiamkan-Nya bukanlah kerana Dia terlupa, tetapi
sebagai rahmat dan kasih sayang kepada kita. Banyak lagi boleh
dinukilkan tentang pemerintahan wanita di dalam Islam. Namun di dalam
perkara muamalat, apabila ulama' berbeza pendapat, kita menghormati
pendapat-pendapat tersebut. Namun bagi pihak yang mengharamkan wanita
menjadi pemerintah secara tersirat (implicitly) mengatakan wanita yang
menjadi pemerintah telah melakukan dosa besar kerana melakukan sesuatu
yang haram. Maka jika kita berpegang dengan pendapat wanita haram
menjadi pemimpin, seharuskan berlapang dada tanpa ada perasaan wanita
yang menjadi pemerintah telah melakukan sesuatu yang teruk. Maka apabila
kebanyakan ulama' berbeza pendapat di dalam perkara muamalat, hukum
asal iaitu semua perkara muamalat adalah harus masih kekal. Perbincangan
lanjut samada wanita boleh menjadi pemerintah atau tidak, saya
cadangkan pembacaan lanjut sebagai contoh Fatwa Masa Kini, Dr.Yusuf
Qardhawi. Wallahuallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan