Rabu, 25 Julai 2012

kenapa wanita tidak boleh jadi pemimpin??

kenapa ye wanita tak boleh jadi pemimpin? sebab-sebabnye ada di nyatakan di bawah ni...tapi sedar tak kita sekarang ni ketua-ketua di pejabat ramai terdiri dari kalangan wanita... walaupun aku golongan wanita, tetapi sebagai orang islam aku tak sokong sekiranya perempuan menjadi kepala di pejabat atau di mana sahaja... beban...beban sesangat!!!hidup di pengaruhi lelaki...walaupun kepala, tapi keputusannya semua berpanukan pada seorang tu yang kaki bawa "aircond" kehulu kehilir...yang menanggung beban dan stressnya...orang bawahan ni la...kesian la kat kami...

"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, " Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No 4425)


Penjelasan hadith ini boleh dibaca di bahagian 2.


Bahagian 2:
Hal berkaitan bolehkah wanita menjadi pemerintah, pautan tersebut memberi tujuh alasan kenapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Adalah agak mengejutkan dalil-dalil yang diberikan oleh pemilik blog tersebut untuk mengharamkan wanita menjadi pemerintah. Secara peribadi, dalam hal berkaitan wanita, saya lebih gemar mengambil pendapat Dr.Yusuf Qardhawi (yang bersederhana dan lembut) dan tidak mengambil pendapat ulama' Saudi (Semoga Allah merahmati mereka). Pendapat tentang isu wanita daripada ulama' Saudi agak keras sehingga wanita diharamkan memandu kereta dan satu ketika dahulu dilarang diajar menulis kerana takut wanita akan menulis surat cinta (Rujuk Fatwa Masa Kini, Jilid 4). Apabila kita membincangkan perkara ini, perlu kita lihat skop perbincangan dan realiti kehidupan.


Isu bolehkah wanita menjadi pemimpin jatuh di dalam perkara muamalat. Dalam perkara muamalat, ulama' Usul al-Fiqh telah mengeluarkn prinsip 'Semua perkara muamalat adalah harus (boleh dilakukan) kecuali ada dalil yang mengharamkan'. Maka secara prinsipnya jika ada yang mahu mewajibkan atau mengharamkan sesuatu perkara muamalat, pihak tersebut perlu membawa dalil untuk menyokong hujah mereka. Malah wanita, seperti juga lelaki, mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki (Kewajipan wanita adalah sama seperti lelaki melainkan ada pengecualian). Prinsip seterusnya, dalam menwajibkan atau mengharamkan sesuatu perkara, dalil yang diberi mestilah thabit dan jelas (tiada perbezaan penafsiran kerana kejelasan dalil tersebut). Dr. Yusuf Qardhawi menulis:


"Adapun apa yang tidak thabit daripada nas-nas seperti hadith-hadith dhaif ataupun apa yang boleh difahami lebih daripada satu fahaman dan tafsiran, seorangpun tidak boleh mewajibkan umat dengan satu fahaman tanpa fahaman yang lain khususnya dalam masalah kemasyarakatan umum yang melibatkan masalah keseluruhan anggota masyarakat yang perlu kepada keluasan dan kemudahan."


Maka untuk menwajibkan dan mengharamkan sesuatu perkara, dalil tersebut mestilah thabit dan jelas. Dr.Yusuf Qardhawi menyambung:


"Disana juga ada hukum-hukum dan fatwa-fatwa yang kita tidak boleh pisahkannya daripada zaman dan suasananya. Fatwa-fatwa yang seumpamanya ini menerima perubahan dengan berubahnya sebab-sebabnya. Oleh itu para pengkaji fatwa telah menetapkan satu kaedah iaitu berubahnya fatwa apabila berubahnya masa, tempat, keadaan & adat. Fatwa jenis ini banyak bersangkut paut dengan masalah wanita. Terdapat fatwa yang mengongkong dan memberatkan sehingga mengharamkan para wanita daripada pergi ke masjid walaupun ia bertentangan dengan nas-nas yang jelas dan sahih. Mereka lebih mengutamakan 'berhati-hati' dan saddu zaraie' (menutup pintu kerosakan) daripada nas berdasarkan kepada perubahan masa dan zaman yang berlaku...Ada dikalangan orang berpendapat perkara ini haram dan merupakan dosa yang nyata, tetapi pengharaman tidak boleh disabitkan kecuali dengan dalil yang tiada syubhat padanya." (Fatwa Masa Kini, Jilid 4, Bab Pencalonan Wanita Untuk Kerusi Parlimen: Di Antara Boleh Atau Tidak Boleh)


Mari kita lihat dalil yang diberi oleh pemilik blog tersebut bagi mengharamkan wanita menjadi pemimpin. Daripada tujuh dalil yang dibawa, hanya dalil pertama yang menyentuh soal kepimpinan.


"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, " Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No 4425)

 Hadith diatas telah diperselisihkan ulama' maksudnya. Malah tiada larangan secara jelas bahawa wanita haram menjadi pemimpin daripada hadith ini. Kepimpinan yang dimaksudkan Baginda S.A.W disini adalah kepimpinan secara mutlak kepada wanita. Sedangkan realiti hari ini tiada satu negara pun yang kepimpinan itu adalah mutlak kepada satu orang sahaja. Apa yang memelikkan Ibn Hazm (Semoga Allah merahmatinya) yang bermazhab Zahiri (mengambil sesuatu secara zahir) juga mengatakan hadith ini tidak menunjukkan wanita haram menjadi pemimpin. Maka hadith ini bukanlah mutlak mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Dipetik daripada Islam Online:


"So both Allah Most High and His Messenger never discriminate between men and women. Allah has given both the ability to perform acts of worship and the capability to undertake responsibilities and we will find in our history that women used to be in charge of the market place during the time of Caliph `Umar Ibn Al-Khattab. Women used to be doctors, scholars, and sometimes judges. Women can be in charge of any position, except the head of the state. So, she could be a minister but she cannot be the head of the state. There is a hadith where the Prophet (peace and blessings be upon him) describes the Persian people as being in error because they put a woman as the head of the state. But this hadith does not indicate that women are less than men; however, it shows us that it is better and more suitable that the head of the state should be a man. This is the opinion of most scholars of Islam. One of them, namely Ibn Hazm, said that women could be the head of the state. Actually in our time women participate in making political decisions by being practicing members of the Parliament. May the future make the women more active in doing good than they are now." (LINK )

 Apa yang diwajibkan dan diharamkan oleh Allah S.W.T adalah jelas. Dan ada perkara yang didiamkan-Nya bukanlah kerana Dia terlupa, tetapi sebagai rahmat dan kasih sayang kepada kita. Banyak lagi boleh dinukilkan tentang pemerintahan wanita di dalam Islam. Namun di dalam perkara muamalat, apabila ulama' berbeza pendapat, kita menghormati pendapat-pendapat tersebut. Namun bagi pihak yang mengharamkan wanita menjadi pemerintah secara tersirat (implicitly) mengatakan wanita yang menjadi pemerintah telah melakukan dosa besar kerana melakukan sesuatu yang haram. Maka jika kita berpegang dengan pendapat wanita haram menjadi pemimpin, seharuskan berlapang dada tanpa ada perasaan wanita yang menjadi pemerintah telah melakukan sesuatu yang teruk. Maka apabila kebanyakan ulama' berbeza pendapat di dalam perkara muamalat, hukum asal iaitu semua perkara muamalat adalah harus masih kekal. Perbincangan lanjut samada wanita boleh menjadi pemerintah atau tidak, saya cadangkan pembacaan lanjut sebagai contoh Fatwa Masa Kini, Dr.Yusuf Qardhawi. Wallahuallam

pemimpin yang adil

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…”
(Riwayat Imam Bukhari)

Huraian Hadis :
Hadis Riwayat Bukhari ini telah menerangkan bahawa seorang Pemimpin yang adil dalam turutan pertama dari tujuh kelompok manusia utama yang akan mendapat naungan ALLAH SWT di akhirat nanti.membuktikan bahawa peranan sebagai pemimpin yang bersikap adil sangat dititikberatkan. Ini adalah punca utama untuk mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesuatu tampok kepimpinan.
Pemimpin mestilah memiliki akhlak dan ciri-ciri seperti berikut:
1.        Dia mestilah seorang yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan menjadikan Ulama sebagai tempat meminta pandangan, dan juga mengharapkan keredhaan ALLAH dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh daripada penyakit jiwa yang merosakkan amal dan usahanya.
2.        Memiliki akal yang kuat, berhikmah, cendekiawan, bijaksana, berpengalaman,   berpandangan tajam, ilmu yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari segenap sudut, cepat memahaminya dan cepat menggunakannya sebaik mungkin.
3.        Berakhlak dengan sifat al-hilm (lembut). Berdasarkan kepada dalil Al-Quran;
Firman ALLAH SWT :  Maksudnya :
“Dan orang-orang yang menehan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai   orang-orang yang berbuet kebajikan” (Surah Al-Imran ayat 134)
4.        Berani, bermaruah.  keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan
Firman ALLAH SWT : Maksudnya :
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah An-Nur ayat 22)
5.        Bersikap as-siddiq ( benar ) dalam perkataan dan perbuatan.  Tawadhu, tidak membanggakan diri kepada manusia. Hatinya tunduk dan patuh pada al-haq.( ALLAH )
6.        Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat.
7.        Menepati janji dan memenuhi sumpah setia. Akhlak ini melahirkan thiqqah ( percaya ) dalam suasana amal, ketenteraman, tolong-menolong dan membawa hasil.
8.        Sabar, kerana pemimpin pastinya akan berhadapan dengan kesukaran, dipenuhi dengan perkara yang berlawanan dengan kehendak hawa nafsu, penuh dengan onak, racun, rintangan, bencana dan ujian.
9.        Bersifat dengan al-iffah (suci hati jiwa dan amal) dan al-karam (pemurah dan tidak bakhil). Dengan sifat ini pemimpin tidak berminat dengan harta benda yang melemahkan kemahuan dan tidak sesuai dengan usaha serta jihad besar dalam menentang musuh-musuh ALLAH. Pemimpin mestilah menjadi qudwah ( contoh ) melalui sifat pemurah dan mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
10.        Adil dan insaf (terutama terhadap diri sendiri). Sifat ini amat penting kepada pemimpin dan mad’u dalam amal jamaie kerana setiap individu akan merasa tenteram terhadap haknya dan menginsafinya.Ini telah disebutkan Hadis diatas tentang adil.
11.        Bersifat wara’ dan zuhud. Ini dapat menjauhi syubhat, meninggalkan perkara yang mengandungi dosa kerana takut terjebak ke dalamnya. Dia sentiasa bermuhasabah dalam segala hal dan setiap waktu.
12.        Tidak mengungkit dan memperkatakan kebaikan diri sendiri. Jangan mengharapkan pujian dan sanjungan manusia dan tidak memuji diri sendiri atas segala usaha yang dilaksanakan dalam berdakwah.
13.        Memelihara perkara yang dimuliakan oleh ALLAH (Hurumatillah). Setiap masa dalam jamaah mesti menjadi pengawal dan penjaga yang sentiasa sedar, berwaspada dan dipercayai dalam memelihara segala kemuliaan ALLAH pada segenap ajaran Islam supaya tidak timbul pencabulan hak atau perbuatan melampaui batas.
14.        Kesejahteraan hati, tidak menghiraukan umpatan dan mengadu domba di antara manusia. Perkara ini jika dilayan akan memberi ruang yang luas untuk dimasuki syaitan, memarakkan kebencian dan permusuhan hingga akhirnya melahirkan perpecahan dalam jamaah.
15.        Keazaman yang kuat dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Pemimpin terdedah kepada pelbagai biah (suasana ), peristiwa dan bebanan yang mempunyai keputusan yang penting dan besar. Pemimpin dituntut menghadapi semuanya dengan azam, kekuatan, hikmah, tanpa kelemahan, keraguan dan menyerah kalah. Sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH kerana DIAlah yang Maha Berkuasa di atas setiap perkara. WALLAHUA’LAM

Selasa, 24 Julai 2012

memasak

bulan pose ni rajin plak memesak...masak tak la best mane pun...tak blh bukak kedai pun..tapi alhamdulillah la blh la bg anak dengan suami makan...anak-anak kate sedap pun ok dah...de kemajuan pasai budak-budak ni bersih...tak pandai menipu...naknye dah biase mkn kat kedai, bile ummi masak ckp sedap plak...berbunya ati ummi...tapi sbnanye lbh terasa kemeriahannya bila masak sendiri ni walaupun tak ke bazar ramadhan...igt zaman kecik-kecik dulu...mane de bazar ni...tapi bile bln pose mknan sampai tak cukup atas meja...jadi amalan lagi bertukar-tukar sajian dengan kawan-kawan, jiran-jiran..seronok...malam plak walaupun malas nak bertarawih. tapi tetap pegi sbb mak kate peluang nak  kutip pahala di bulan pose..bile dah beranak ni...rindu nak g terawih...ye la anak kecik sape nak jage..tu la hikmahnya mase bujang-bujang dulu kutip pahala awal-awal..dah kawin banyak yang kene tangguh dulu...

Hari kanak-kanak

tahun lepas hari kanak-kanak murid prasekolah kene buat satu persembahan. jenuh pikir, jadi cikgu dengan ppm pun sepakat nak buat tarian 50 an... murid-murid prasekolah semua 5 tahun...mereka pun buat persembahan yang pada aku menarik gak la...

selamat menyambut ramadhan

bulan puase datang lagi...alhamdulillah..kepada umat islam selamat menyambut bulan ramadhan...kpd anak-anak murid ku yang kecil-kecil, tahniah walaupun masih kecik, still blh tahan nafsu lapar dan dahaga... bulan ramadan datang dengan kegembiraan..dengan kerahmatan, dengan penuh dugaan..bANYAK HIKMAH DI SEBALIK RAMADHAN ni..

Rabu, 11 Julai 2012

rari, waqi, wafi....

takpe tersepit pun...

syok posing dengan abang
biskut kat tangan tu...tak tau nak amik sikit...


hai anak-anak...kalo tengok gelagat anak-anak ni kadang rase nak marah...kadang nak gelak...tapi yang pasti walaupun penat, tapi tak terasa bile tengok gelagat anak-anak walaupun geram!! naknye wafi...adoi...betuah sangat!!name pun wafi gabungan name raFI dengan WAqi...jadi perangai pun gabungan abang-abangnye...garang...kadang tak marah pun abang-abangnye...just tegur je...tapi die dah g dulu kat abang-abangnye nak mencubit..suke menyakat abang-abangnye...ape abang buat die pun buat same..ape abang sebut, die pun sebut same...abang menyanyi, wafi pun menyanyi...abang buat bunyi lalalala die pun bunyikan lalalala jugak...abang naik buai, die pun nak naik buat...tersepit pun tak pe...ajar panggil name abang anas, die panggil anas gak...waqi pandai plak die panggil abang...hm wafi....

Isnin, 9 Julai 2012

kampung ku

dah lame tak bertapa kat umah mak ni...sebenarnye bukan tak nak...tapi tak boleh...terlalu banyak kenangan kat umah mak ni...dari kecik sampai la besar...bile tengok umah ni sedey rasenye...ternampak-nampak mak tengah tunggu kami kat tingkap..kalo mak tak larat, baru mak baring dalam bilik...bile kami datang, mak buka pintu, melayan cucu-cucunye...aktiviti yang paling mak suke buat dengan anas waqi ialah menyapu halaman dengan bakar sampah...riuh kampung dengar suara mak tegur anas dengan waqi...
maseni ruang atas boleh gune lagi...

rindu umah mak...
asalnye umah ni opah punye...tempat asalnye kat tapak umah pakcik saedan..pastu di pindahkan ke sebelah umah opah dengan tok cik..sampai lah sekarang tanah tu pun dah di wakafkan...mak long suruh gak dok sane..die tak sunyi..tapi tak boleh...masih lagi rase kesedihan dan kerinduan yang amat sangat..ikotkan dulu mase dok kl, bile raya balik la kg...ayahwe yang dok umah tu  dulu...pas tu baru kami...

Jumaat, 6 Julai 2012

sukaneka prasekolah sktd

kanak-kanak prasekolah menunggu giliran untuk memulakan acara

kanak-kanak prasekolah bersedia untuk memulakan acara sukaneka

anas....releks je kan....mentang2 die dah kedepan dulu...

yea....dapat hadiah...menang ke kalah ke...hadiah sume dapat same...
1 julai lepas sktd buat sukaneka..budak prasekolah main sukaneka..seronok tengok budak-budak main ni...kite pun enjoy walupun sebenarnye di sebalik tabir nak latih murid prasekolah ni bukanlah pekara yang mudah pun...siapa yang hidupnya di keliling kanak-kanak mesti dah fahamnye...

Rabu, 4 Julai 2012

minggu ni ajar tema serangga kat bebudak sekolah...jadi cari la dalam you tube pasai kitaran hidup rama-rama...syok gak tengok...cikgu pun dah teruja...bebudak pe ntah lagi...ilmu ni yang selalu kita pandang remeh... so jom tengok video kitaran hidup rama-rama ni...

3 jam...

baru first time nak belajar buat blog...3 jam...anak sampai tertidur atas ribe ni...sian....dulu pernah buat tapi mase tu berguru...ni buat pepandai sendiri je...kalo jadi...maknenye terdapat kemajuan gak la dalam diri...